ASSALAMUALAIKUM...

Terbinanya blog ini moga2 memberikan manafaat dan maklumat yang berguna kepada kita bersama. Bagi menjayakan dan memajukan lagi blog ini, moga-moga sahabat, rakan-rakan dan semua dapat berkongsi dan menyumbangkan idea, artikel, aktiviti dan program yang berkaitan.

Sebarang maklumat ataupun hebahan juga dialu-alukan. Komen dan sebarang aduan membina juga dialu-alukan bagi memperbaiki sebarang kelemahan. Sila hantar kepada pemudapujuk@rocketmail.com atau mdda08@yahoo.com. Terima diucapkan diatas kecaknaan semua.. Moga kita semua diberkati Allah.



Sabtu, 27 Ogos 2011

INGAT 5 SEBELUM 5

Lima perkara yang sering dilupai oleh manusia ketika gembira. Dan apabila tibanya saat sedih, ditimpa bencana barulah mudah teringat.

Rebutlah peluang melakukan sebanyak mana kebaikkan dan ketaatan kepada Allah. Mintaklah ampun kepada Allah apabila terlanjur melakukan kesalahan.
  • Rebutlah peluang waktu muda ini sebelum datangnya hari tua.
  • Rebutlah peluang waktu lapang sebelumnya datang waktu sibuk.
  • Rebutlah peluang waktu ada sedikit harta ini sebelum kita tidak ada lagi harta.
  • Rebutlah waktu sihat ini sebelum datangya sakit.
  • Rebutlah peluang masih hidup ini sebelaum datangya kematian.
Usrah club pujuk menyeru kepada semua khasnya dan pemuda amnya bersama2 mengambil peluang yang masih ada ini untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Berusaha mencari sebanyak mana ilmu Islam untuk kebaikkan di dunia dan akhirat.

Selasa, 23 Ogos 2011

HUJAN, RAHMAT TUHAN..

Rabu, 24.8.2011. Bila bangun pagi.. Kawasan kampung Pujuk di rahmati hujan. Tanda rahmat dan kebesaran Allah SWT. Ada setengah orang merungut bila hujan.. Ada yang suka hati pasal dah lama tidak hujan. Itulah rahmat tuhan. Ada yang bersyukur dan ada yang lupa..

Dan sudah lama juga sebenarnya tidak hujan. Dalam bulan ramadhan, ni baru pertama kali hujan. Adakah tanda lailatulqadar....

Jumaat, 19 Ogos 2011

SUMBER PAHALA ITU BANYAK

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Setiap sendi daripada manusia hendaklah memberikan sedekah pada setiap hari yang terbit padanya matahari. Berlaku adil antara dua orang yang bertelingkah adalah sedekah. Menolong orang lain pada binatangnya (kenderaannya) maka engkau menolongnya menaiki kenderaan atau membantu mengangkatnya barangannya ke atas kenderaan adalah juga sedekah. Perkataan yang baik juga sedekah. Setiap langkah yang engkau untuk pergi sembahyang juga (berjamaah) juga sedekah. Engkau menyisihkan apa-apa yang dapat mengganggu di jalan itu sedekah". (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)



Dalam riwayat lain, Imam Muslim pernah meriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha Rasulullah SAW bersabda : "Bahawasanya setiap insan daripada anak Adam adalah diciptakan badannya daripada tiga ratus enam puluh sendi. Maka sesiapa yang bertakbir, memuji Allah, bertahlil, bertasbih, meminta ampun, menyisihkan sebiji batu yang mengganggu di jalan orang ramai, membuang sebilah duri atau sepotong tulang dari jalan orang ramai, menyuruh berbuat baik atau mencegah dari perbuatan mungkar, sehingga apa yang dilakukannya mencukupi bilangan tiga ratus enam puluh kali, maka orang tersebut pada hari itu telah menjauhkan dirinya daripada api neraka".Sumber pahala terlalu banyak.

 

Marilah kita pakat perbanyakkkan amalan baik insaAllah. Mohonlah keampunan Allah sekitanya kita telah terlanjur melakukan kesilapan. Samaada sedar ataupun tidak sedar. Kemenangan yang diberikan oleh Allah kepada islam kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh.

Usrah Pemuda.

Jumaat 19/08/2011

Markaz

PAHALA YANG BERTERUSAN SELEPAS MATI

Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. daripada Abu Hurairah yang bermaksud:"Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang salih"(Hadis Riwayat Muslim).

Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang walaupun sudah meninggal dunia masih berpeluang untuk membuat pahala berpanjangan di alam kubur, iaitu melalui amalannya sewaktu di dunia seperti sedekah jariah, ilmu yang pernah disampaikan dan dimanfaatkan oleh orang lain serta doa anaknya yang salih.

Bersamalah kita berusaha menjadi anak yang meringankan tangan bersedekah, berkongsi ilmu yang berguna untuk manafaat bersama dan menjadi anak yng soleh agar dapat mendoakan ibu dan bapa kita. InsaAllah..

Usrah Pemuda.
Jumaat 12/08/2011
Markaz

Jumaat, 5 Ogos 2011

ORANG CERDIK DAN TIDAK CERDIK

عَنْ أَبِي يَعْلَى شَدَادٍ بْنِ أَوْسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَالَ: َاْلكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَاْلعَاجِزُ مَنْ اَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلىَ اللهِ الْأَمَانِي         ( رواه  الترمذي )
 
Maksud:                       
Daripada Abi Ya’la Syaddad Bin Aus Radhiallahu ‘anhu daripada Rasulullah S.A.W sabdanya : “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesusah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikutinya hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh)
(Hadith riwayat Imam Al-Turmuzi)

Pada hakikatnya, terdapat banyak perbezaan dalam membuat penilaian siapakah sebenarnya orang yang cerdik atau siapakah sebenarnya orang yang bahagia. Sebenarnya perbezaan nilai ini adalah timbul daripada perbezaan garis panduan penilaian tersebut. Contohnya, bagi mereka yang berfahaman materialistik kebendaan, orang yang cerdik pada penilaiannya ialah mereka yang banyak memiliki harta benda dan banyak wang ringgit. Lantas berpeluang untuk memiliki segala kelazatan dunia dan bebas untuk bersuka ria dengan tidak mengambil kira bagaimana dia akan mengakhiri kehidupannya di dunia ini, tanpa memikirkan apakah nasib yang bakal menimpanya di akhirat kelak.

Namun, bagi mereka yang cerdik, sudah pasti mereka telah membuat perhitungan yang bijaksana dengan beriman kepada Allah SWT dan telah membuat persiapan yang secukupnya untuk dipersembahkan segala amalan kebaikannya di hadapan Allah SWT kelak. Kita perlu faham, cerdik di sini bukan maksudnya lulus peperiksaan di dunia ini dengan cemerlang sahaja tetapi lebih daripada itu dia cerdik dalam membuat persiapan dan bekalan untuk bertemu Allah SWT. Bagi seseorang yang beriman, dia mempunyai penilaian yang tersendiri berdasarkan keimanannya kepada Allah, beriman kepada RasulNya,KitabNya, hari pembalasan yang akan dihadapinya, ketentuan Qada dan Qadar.

Justeru, dia menganggap kehidupan di dunia tidak lebih hanya sebagai jambatan yang akan menyampaikannya ke negeri akhirat. Kehidupan di dunia bukan tempat untuknya mencari keseronokan semata-mata, bersuka ria atau tempat yang boleh melalaikannya. Oleh itu, dia sentiasa membuat persiapan yang secukupnya dengan menjadikan dunia yang fana ini ibarat ladang tempat dia bercucuk tanam dan akhirat kelak tempat dia akan memetik hasil buahnya. Dia yakin dan percaya dengan janji Allah SWT kepada orang beriman dengan balasan syurga dan ganjaran sangat ganjaran sangat besar.

Usrah Pemuda.
Jumaat 05/08/2011
Markaz