ASSALAMUALAIKUM...

Terbinanya blog ini moga2 memberikan manafaat dan maklumat yang berguna kepada kita bersama. Bagi menjayakan dan memajukan lagi blog ini, moga-moga sahabat, rakan-rakan dan semua dapat berkongsi dan menyumbangkan idea, artikel, aktiviti dan program yang berkaitan.

Sebarang maklumat ataupun hebahan juga dialu-alukan. Komen dan sebarang aduan membina juga dialu-alukan bagi memperbaiki sebarang kelemahan. Sila hantar kepada pemudapujuk@rocketmail.com atau mdda08@yahoo.com. Terima diucapkan diatas kecaknaan semua.. Moga kita semua diberkati Allah.



Jumaat, 5 Ogos 2011

ORANG CERDIK DAN TIDAK CERDIK

عَنْ أَبِي يَعْلَى شَدَادٍ بْنِ أَوْسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَالَ: َاْلكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَاْلعَاجِزُ مَنْ اَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلىَ اللهِ الْأَمَانِي         ( رواه  الترمذي )
 
Maksud:                       
Daripada Abi Ya’la Syaddad Bin Aus Radhiallahu ‘anhu daripada Rasulullah S.A.W sabdanya : “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesusah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikutinya hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh)
(Hadith riwayat Imam Al-Turmuzi)

Pada hakikatnya, terdapat banyak perbezaan dalam membuat penilaian siapakah sebenarnya orang yang cerdik atau siapakah sebenarnya orang yang bahagia. Sebenarnya perbezaan nilai ini adalah timbul daripada perbezaan garis panduan penilaian tersebut. Contohnya, bagi mereka yang berfahaman materialistik kebendaan, orang yang cerdik pada penilaiannya ialah mereka yang banyak memiliki harta benda dan banyak wang ringgit. Lantas berpeluang untuk memiliki segala kelazatan dunia dan bebas untuk bersuka ria dengan tidak mengambil kira bagaimana dia akan mengakhiri kehidupannya di dunia ini, tanpa memikirkan apakah nasib yang bakal menimpanya di akhirat kelak.

Namun, bagi mereka yang cerdik, sudah pasti mereka telah membuat perhitungan yang bijaksana dengan beriman kepada Allah SWT dan telah membuat persiapan yang secukupnya untuk dipersembahkan segala amalan kebaikannya di hadapan Allah SWT kelak. Kita perlu faham, cerdik di sini bukan maksudnya lulus peperiksaan di dunia ini dengan cemerlang sahaja tetapi lebih daripada itu dia cerdik dalam membuat persiapan dan bekalan untuk bertemu Allah SWT. Bagi seseorang yang beriman, dia mempunyai penilaian yang tersendiri berdasarkan keimanannya kepada Allah, beriman kepada RasulNya,KitabNya, hari pembalasan yang akan dihadapinya, ketentuan Qada dan Qadar.

Justeru, dia menganggap kehidupan di dunia tidak lebih hanya sebagai jambatan yang akan menyampaikannya ke negeri akhirat. Kehidupan di dunia bukan tempat untuknya mencari keseronokan semata-mata, bersuka ria atau tempat yang boleh melalaikannya. Oleh itu, dia sentiasa membuat persiapan yang secukupnya dengan menjadikan dunia yang fana ini ibarat ladang tempat dia bercucuk tanam dan akhirat kelak tempat dia akan memetik hasil buahnya. Dia yakin dan percaya dengan janji Allah SWT kepada orang beriman dengan balasan syurga dan ganjaran sangat ganjaran sangat besar.

Usrah Pemuda.
Jumaat 05/08/2011
Markaz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan