ASSALAMUALAIKUM...

Terbinanya blog ini moga2 memberikan manafaat dan maklumat yang berguna kepada kita bersama. Bagi menjayakan dan memajukan lagi blog ini, moga-moga sahabat, rakan-rakan dan semua dapat berkongsi dan menyumbangkan idea, artikel, aktiviti dan program yang berkaitan.

Sebarang maklumat ataupun hebahan juga dialu-alukan. Komen dan sebarang aduan membina juga dialu-alukan bagi memperbaiki sebarang kelemahan. Sila hantar kepada pemudapujuk@rocketmail.com atau mdda08@yahoo.com. Terima diucapkan diatas kecaknaan semua.. Moga kita semua diberkati Allah.



Jumaat, 23 September 2011

Dunia hanya singgahan sementara, Akhirat tempat kekal abadii.

Peringatan untuk kita bernama manusia. Sama-sama berdoa moga2 kita dimasukkan kita dalam golongan yang betul-betul beriman kepada Allah..

Ingatkah kita kapada hadith nabi, umat akhir zaman berpecah kepada 73 golongan dan hanya satu golongan yang akan mendapat keredaan Allah di hari akhirat..

Kita berada dizaman yang penuh mencabar.. Celik sahaja mata dihidangkan dengan pelbagai bentuk maksiat dan terlorong dalam melakukan maksiat.

Jadikanlah kehidupan kita di dunia ini sebagai tempat menyemai dan menanam sebanyak mana amalan dan pahala untuk dijadikan bekalan untuk akhirat nangti. Peringatan ini ditujukan juga  kepada penulis.

Perbanyakkan amalan.. Penuhilah dan hadirilah majlis ilmu dan agama. Dan jadikan diri kita penyumbang kepada Islam. Buat lah sesuatuagar Islam menang di atas usaha yg kita lakukan. Biar kita ada saham sewaktu menangnya Islam..

Jadilah kita sebagai pemain bukan penonton sahaja.. Yakinilah bahawa Islam akan menang dan biarlah menang Islam ada sumbangan daripada kita..

Rabu, 21 September 2011

Seruan Kepada Pemuda

Saudaraku Pemuda...
Dulu, Semalam dan hari ini..
Kau Melihat Generasi Demi Generasi,
Menghancurkan Kehidupan Mereka Dengan Mengingkari Allah,

Lalu Kau Tunduk Kesedihan dan Kebuntuan,
Kau Benar2 Kebingungan dan Bertanya,
Apa Yang Harusku Lakukan Untuk Menebus Kelelahan Umat Ini?
Jawabku, Bukankah Engkau Adalah Da'ie Dan Mujahid?

Katamu Lagi: Tapi Langkahku Lambat.
Jawabku: Kau Lambat Kerna Kau Sendiri Sibuk Dengan Urusan Duniamu..
Mengejar Impian Mu dan Lupa akan Hari Kebangkitanmu...

Pada Hari Itu, Amalmu Terbentang Tubuhmu Terbuka,
Adakah Di Sana Ada Bekalmu...
"Pada Akhir Zaman, Orang2 Yg Memegang Tali Perjuangan Islam itu Bagaikan Memegang Bara Api"
Andai Terus DiGenggam, Hancur Luluh Jiwanya..
Namun Andai Dilepaskan Hancurlah Dunia..

Jangan Takut Untuk Berjuang Kerna Orang2 Yg Berjuang ini memang diRintangi Ujian..

Sesungguhnya Allah sentiasa Bersama Orang yang Sabar..
Kita Hidup Untuk Perjuangan dan Mati Untuk Kehidupan Syurga Impian.

" Imam Nawawi"


KEJOHANAN FUTSAL PADANG PEMUDA PUJUK.

InsaAllah, Pemuda Pujuk telah merancang mengadakan Kejohanan Futsal Padang pada 30/9/2011, Jumaat nangti. Pemuda Pujuk mengajak semua pemuda pujuk bagi menyertai kejohanan tersebut.

Hadiah berupa hamper dan juga medal menangti pasukan yang bertuah memenangi kejohanan tersebut.
Pemuda Pujuk juga memohon kepada yang perihatin yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan kejohanan tersebut. Maklumat berkaitan bolehlah menghubungi saudara Taufik : 0179863320, Urusetia Kejohanan.

Selasa, 13 September 2011

TAHNIAH, PASUKAN FUTSAL PEMUDA PUJUK

Pasukan Futsal Pemuda Pujuk telah menyertai Kejohanan Futsal Pemuda Pemuda PAS Kawasan 2011.

Hasil dari kesungguhan dan semangat berpasukan yang di tunjukkan, pasukan Futsal Pemuda Pujuk telah muncul sebagai Naib Johan dalan kejohanan tersebut.

Usrah Pujuk Club merakamkan tahniah kepada pasukan Futsal Pemuda Pujuk di atas kejayaan dan kesungguhan yang ditunjukkan. Usrah Pujuk Club mendoakan agar pasukan Futsal dan Bola Pemuda Pujuk akan terus lebih berjaya pada masa akan datang. Tahniah, moga diberkati Allah.

Medal yang dimenangi

Gambar sebelum perlawanan akhir dimulakan

Semua ahli pasukan

Menerima hadiah daripada pihak penganjur

Rehat selepas keletihan perlawanan akhir

2 pasukan yang bertembung di aksi Final

Sabtu, 3 September 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PEMUDA PUJUK

Jumaat, 2/9/2011. Pemuda pujuk telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya. Walaupun majis tidaklah se"grand" mana, namun moga2 ianya dapat mengeratkan lagi siratulrahim dikalangan Pemuda Kampung Pujuk.

Majlis bermula sekitar jam 930 malam dan dimulai dengan ucapan aluan ust mie. Kemudian sediket ucapan dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Sepanjang program berjalan, pemuda di sajikan dengan sedikit jamuan dan tayangan Cd oleh Ust Azhar Idrus. Malis Berakhir jam 11 malam.

Persiapan awal sebelum majlis bermula.

Juadah yang disajikan kepada pengunjung.

Pengunjung khusu' mendengar ucapan

Terima kasih kepada semua yang hadir

Antara yang hadir.
Pemuda Pujuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan kepada semua petugas pemuda yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis tersebut. Moga kita semua diberkati oleh Allah SWT.

Sabtu, 27 Ogos 2011

INGAT 5 SEBELUM 5

Lima perkara yang sering dilupai oleh manusia ketika gembira. Dan apabila tibanya saat sedih, ditimpa bencana barulah mudah teringat.

Rebutlah peluang melakukan sebanyak mana kebaikkan dan ketaatan kepada Allah. Mintaklah ampun kepada Allah apabila terlanjur melakukan kesalahan.
  • Rebutlah peluang waktu muda ini sebelum datangnya hari tua.
  • Rebutlah peluang waktu lapang sebelumnya datang waktu sibuk.
  • Rebutlah peluang waktu ada sedikit harta ini sebelum kita tidak ada lagi harta.
  • Rebutlah waktu sihat ini sebelum datangya sakit.
  • Rebutlah peluang masih hidup ini sebelaum datangya kematian.
Usrah club pujuk menyeru kepada semua khasnya dan pemuda amnya bersama2 mengambil peluang yang masih ada ini untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Berusaha mencari sebanyak mana ilmu Islam untuk kebaikkan di dunia dan akhirat.

Selasa, 23 Ogos 2011

HUJAN, RAHMAT TUHAN..

Rabu, 24.8.2011. Bila bangun pagi.. Kawasan kampung Pujuk di rahmati hujan. Tanda rahmat dan kebesaran Allah SWT. Ada setengah orang merungut bila hujan.. Ada yang suka hati pasal dah lama tidak hujan. Itulah rahmat tuhan. Ada yang bersyukur dan ada yang lupa..

Dan sudah lama juga sebenarnya tidak hujan. Dalam bulan ramadhan, ni baru pertama kali hujan. Adakah tanda lailatulqadar....