ASSALAMUALAIKUM...

Terbinanya blog ini moga2 memberikan manafaat dan maklumat yang berguna kepada kita bersama. Bagi menjayakan dan memajukan lagi blog ini, moga-moga sahabat, rakan-rakan dan semua dapat berkongsi dan menyumbangkan idea, artikel, aktiviti dan program yang berkaitan.

Sebarang maklumat ataupun hebahan juga dialu-alukan. Komen dan sebarang aduan membina juga dialu-alukan bagi memperbaiki sebarang kelemahan. Sila hantar kepada pemudapujuk@rocketmail.com atau mdda08@yahoo.com. Terima diucapkan diatas kecaknaan semua.. Moga kita semua diberkati Allah.



Jumaat, 23 September 2011

Dunia hanya singgahan sementara, Akhirat tempat kekal abadii.

Peringatan untuk kita bernama manusia. Sama-sama berdoa moga2 kita dimasukkan kita dalam golongan yang betul-betul beriman kepada Allah..

Ingatkah kita kapada hadith nabi, umat akhir zaman berpecah kepada 73 golongan dan hanya satu golongan yang akan mendapat keredaan Allah di hari akhirat..

Kita berada dizaman yang penuh mencabar.. Celik sahaja mata dihidangkan dengan pelbagai bentuk maksiat dan terlorong dalam melakukan maksiat.

Jadikanlah kehidupan kita di dunia ini sebagai tempat menyemai dan menanam sebanyak mana amalan dan pahala untuk dijadikan bekalan untuk akhirat nangti. Peringatan ini ditujukan juga  kepada penulis.

Perbanyakkan amalan.. Penuhilah dan hadirilah majlis ilmu dan agama. Dan jadikan diri kita penyumbang kepada Islam. Buat lah sesuatuagar Islam menang di atas usaha yg kita lakukan. Biar kita ada saham sewaktu menangnya Islam..

Jadilah kita sebagai pemain bukan penonton sahaja.. Yakinilah bahawa Islam akan menang dan biarlah menang Islam ada sumbangan daripada kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan